victoria concordia crescit

weLcome GOONERS

ARSENAL 4 ALL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 17, 2011

BARCELONA ? WHO'S THAT ?

Arsenal fc berdepan tugas sukar apabila berdepan Barcelona untuk "last 16 stage of UEFA champion league". Pertembungan antara dua kelab yang mempunyai corak permainan yang hapir sama ini amat di nanti nantikan oleh para peminat The Gunners mahupun Barcelona. Arsenal yang di kendalikan jurulatih kelahiran Perancis ini optimis untuk mempamerkan aksi terbaik biarpun berdepan kelab gergasi seperti Barcelona.


                                     2                                               1
                  van persie 78', arshavin 83'                        villa 26'



The Gunners beraksi tanpa kelibat tonggak pertahanan Perancis Bacary Sagna manakala Barcelona tanpa Carles Puyol juga di bahagian pertahanan. Emmanuel Eboe diturunkan untuk menggantikan posisi Sagna. Walaupun begitu Sagna optimis dengan kelibat Eboe seperti yang dipetik ;

kadang kadang je main adoi ...

“ I will support him 200 per cent!” said the Frenchman. “He is a fantastic guy and great player, so he deserves to play in this kind of game as well "

"saya menyokong beliau 200 peratus" kata beliau. "Dia adalah seorang yang menakjubkan dan pemain yang bagus, dia juga sepatutnya bermain untuk perlawanan seperti ini "
                                         Bacary Sagna, Arsenal.com


Pep ko xpayah cakap banyak abis je game ko cite la puas puas

Kesebelasan utama untuk pertembungan kali ini :

Arsenal
Szczesny; Eboue Djourou Koscielny Clichy; Song Wilshere; Walcott Fabregas Nasri; Van Persie.

Barcelona
Valdes; Alves Pique Abidal Maxwell; Busquets; Xavi Iniesta; Pedro Villa Messi.



Berita baik untuk minggu ini adalah meriam no. 8 kita samir Nasri sudah kembali beraksi dari kecederaan dan bermain untuk kesebelasan utama. Separuh masa pertama menyaksikan Barcelona mengawal perlawanan dengan baik walaupun mereka bermain dengan tempo yang agak perlahan dan berhati hati. Keadaan sedikit membimbangkan apabila Alexander Song dilayangkan kad kuning apabila mengasari Lionel Messi.



Barcelona tidak perlu menunggu lama apabila pada minit ke 15 Lionel Messi melakukan larian ke dalam kotak sebelum menewaskan pertahanan The Gunners kemudian melakukan "chip" ke sudut gawang Arsenal namun gagal melakukan jaringan.

emirates bleh la diorang berlagak


Pada minit ke 26 gawang Arsenal digegarkan dengan jaringan dari penyerang Sepanyol, David Villa yang meletakkan Barcelona 1 gol di hadapan, hasil dari gerakan cantik Messi sebelum malakukan "through past" yang cantik kepada David Villa yang melakukan larian ke dalam kawasan kotak penalti.

Add caption

Gerakan cantik dari Theo Wallcot pada minit ke 25 kedalam kotak sebelum menolak bola kepada Cesc Fabregas dan dihantar kemas terus kepada Robin Van Persie namun gagal disempurnakan.

Gawang Arsenal sekali lagi digegarkan oleh tandukan jarak dekat Lionel Messi apabila bola muntah hasil dari tendangan Pedro. Namun gol tersebut di batalkan kerana Messi berada pada kedudukan offsaid.Tidak banyak yang boleh di perkatakan kerana Barcelona mengawal perlawanan dengan baik dengan posisi 60 - 40. Jika ada seorang peminat bola sepak yang neutral anda pasti terhibur dengan aksi kedua kedua pasukan yang mempamerkan corak permainan yang hampir sama.Tamat separuh masa pertama dengan Barcelona berkelebihan 1 gol.

Separuh masa kedua Barcelona mula menampakkan perubahan apabila bermain dengan tempo yang agak laju and cuba mengawal perlawanan sebaik mungkin. Segalanya mula berubah apabila Clichy melakukan gerakan yang cantik dibahagian kiri padang sebelum melakukan hantaran tinggi kepada RVP sebelum penyerang Belanda itu menggelecek kemas di kiri kotak penalti dan melepaskan rembatan kencang melepasi Valdes. BOOOOM !!! 1 gol untuk The Gunners. Kedudukan terikat 1 - 1. 


kecik kecik cili api , ingat senang nk buli aku ????


amik ni !!!!!!!!!!!!!!!
Walaupun posisi permainan dilihat dikawal penuh oleh Barcelona tapi The Gunners tidak mensia siakan peluang yang ada dengan melakukan beberapa serangan balas ke kubu Barcelona. Jack Wilshere, Koscielny, Djourou, Samir Nasri, Cesc Fabregas dan Theo Wallcot memainkan peranan penting dalam setiap gerakan yang dilakukan oleh The Gunners

amik ni sebijik

 Arsenal tidak perlu menunggu lama apabila pada minit ke 83, gerakan cantik dari Samir Nasri dibahagian kiri kotak penalti sebelum melakukan hantaran silang yang kemudian disambar kemas Andrey Arshavin dengan meletakkan Arsenal 2 - 1 dihadapan. Sekaligus memenangi pusingan pertama peringkat kalah mati UEFA Champion League.



















Rating peribadi untuk semua Meriam yang beraksi kali ini.


Szczesny: 7.0 
Matang dan mantap menjaga gawang Arsenal dan mematahkan beberapa percubaan penting dari pemain Barcelona. "He desrerve to get no.1 right now"


Djourou: 7.0 
Tidak sebaik Koscielny namun merupakan benteng utama yang menghalang gerakan Messi dan Villa. 


Koscielny: 8.5 
Selalu positif dan melakukan "tackle" bersih selain merancakkan jentera serangan The Gunners.


Clichy: 6.0 
Barcelona melakukan serangan melalui bahagian kiri The Gunners yang jelas menunjukkan kelemahan, namun pujian kepada Clichy untuk assist gol pertama kepada RVP.


Eboue: 6 
Sedikit goyah dan aksi yang tidak memberansangkan namun beliau tidak boleh disalahkan kerana jarang beraksi.

Wilshere: 9 
Midfielder termuda Arsenal yang banyak memainkan peranan semasa menyerang atau bertahan. Walaupun berbadan kecil namun Wilshere tidak boleh dipandang mudah oleh Barcelona. 


Song: 6.5
Pemain pertama yang dilayangkan kad kuning dan menampilkan gaya permainan yang agak kasar. Wenger melakukan tindakan bijak apabila mengeluarkan beliau pada separuh masa kedua. Jika tak mungkin kita akan bermain dengan 10 orang . (risau beb)

Nasri: 7 
Cemerlang di bahagian sayap kiri malah di depan kotak. Aksi selepas kecederaan tidak mengecewakan Nasri. Beberapa gerakan bahaya turut terhasil untuk membantu Arshavin untuk gol yang kedua. 
                             
Fabregas: 6.5 
Beraksi dibawah tahap sebenar apabila melakukan kesilapan kecil berkali kali seperti passing dan "through past" yang agak teruk berbanding perlawanan perlawanan sebelum ini. Tapi masih berbisa apabila melakukan "chip" untuk RVP yang mendapat peluang pertama dan hantaran jauh kepada Nasri untuk gol kedua Arshavin.
                                                
Walcott: 7.5 
Perlu lebih berlatih jika ingin menjadi penyarung jersey keramat Henry, tapi mula menunjukkan bisa pada awal perlawanan dengan hantaran kepada RVP namun berjaya di selamatkan Valdes.
                                               
Robin Van Persie: 7.5 
Beberapa percubaan bahaya RVP berjaya digagalkan pertahanan Barcelona namun terus menerus mengasak sebelum melepaskan satu rembatan kencang di sudut gawang gol melepasi Valdes untuk gol pertama The Gunners.
                                                                       
Bendtner: 6   

Cuma beraksi pada separuh masa kedua tapi turut terlibat semasa Arsenal melakukan serangan balas.
                     
Arshavin: 7  

Satu perkataan sesuai untuk Arshavin, " a super sub" beliau masuk menggantikan Song yang sedikit agresif di atas padang dan kemudian menjaringkan gol kemenangan buat The Gunners.







p/s : once you declare you are a "gooners" just stick with that declaration and you will feel what i feel now . .
       im arsenal till im die




2 comments:

  1. Nice post bro, we beat the champions that's matter most.

    ReplyDelete
  2. actually i try to post in English but someone ask me to change it in Malay , i may looks weird at certain part ... otherwise thanks for your visit

    proud to be a gooners ....

    ReplyDelete