victoria concordia crescit

weLcome GOONERS

ARSENAL 4 ALL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 12, 2011

Tutorial : How to beat Wolverhampton Wanderers

The Gunners bangkit selepas situasi buruk yang melanda minggu lepas dengan menundukkan Wolves 2 gol tanpa balas di stadium Emirates ....

 Van Persie 16' , 56 '

Berita baik untuk perlawanan ini adalah pemain pertahanan Johan Djourou sudah kembali pulih dan turun untuk aksi menentang Wolves kali ini bersama "defensive midfielder" Alexander Song. Ini menambah lagi keyakinan skuad The Gunners untuk menentang Barcelona selepas ini .

yeay !!! bleh main


xavier ??? sape 2? my name was Song , im a gunners

Perlawanan yang berlangsung di stadium Emirates bermula dengan rancak seawal minit ke 4 perlawanan apabila kapten pasukan Cesc Fabregas menjaringkan gol namun gol tersebut di batalkan kerana "foul" diberikan kerana Jack Wilshere yang di kasari Berra di luar kotak penalti dan Arsenal diberikan tendangan percuma namun gagal disempurnakan Robin Van Persie.

Pada awal minit ke 16 RVP telah menyempurnakan "volley" hasil dari hantaran fabregas untuk gol pertama The Gunners.


                                           nah !!! makan bola volley ni


Walaupun rentak permainan Arsenal kelihatan sedikit terjejas mungkin disebabkan oleh situasi buruk sebelum ini namun kapten pasukan masih cuba untuk menaikkan kembali semangat skuad The Gunners.
TQ mr kapitan for the volley ...




wak de hal la malam nih serba xkena ni wei
Pada minit ke 20 gawang Wolves sekali lagi di kejutkan dengan hantaran "corner kick" dari RVP yang berjaya disambar Andrey Arshavin namun jauh terpesong. "Performance" yang ditunjukkan oleh Arshavin kurang meyakinkan sejak awal perlawanan, mungkin beliau belum mendapat keyakinan sepenuhnya seperti yang didakwa beliau sebelum ini.

Arshavin adalah diantara pemain yang paling banyak mendapat peluang untuk menjaringkan gol namun semua serba tidak kena bila bola berada dalam kawalan beliau.



Gegaran di gawang Wolves seterusnya berlaku pada minit ke 20 perlawanan apabila tendangan Arshavin berjaya melepasi pertahanan Wolves sebelum ditanduk oleh Theo Wallcot, namun berjaya di tepis oleh penjaga gol Wolves, Hennessey sebelum tendangan leret Fabregas tekena kaki pertahanan Wolves. Sekali lagi "luck" tidak menyebelahi kita. ( apalah nasib)


Gol kedua Arsenal bermula dari hantaran "one touch" yang cantik bermula dari kawasan pertahanan Arsenal sebelum hantaran silang yang dilakukan oleh Fabregas kepada Wallcot. 

                                                                    offside ke x ni???

Pada situasi ini RVP berada dalam kedudukan offside namun bola di mainkan ke arah Wallcot , Wallcot melakukan larian ke dalam kawasan kotak penalti sebelum menghantar bola kepada RVP untuk disempurnakan kemas melepasi penjaga gawang Wolves meletakkan Arsenal 2 gol dihadapan. (kenapa si setan merah payah sgt nak menang minggu lepas)
yeepi !!! gol kedua 

ni la budak yang laju tu


Arsene Wenger sudah boleh berkira kira untuk percaturan menentang Barcelona selepas ini dan membawa keluar 3 pemain iaitu Robin Van Persie, Andrey Arshavin dan Jack Wilshere sebelum memasukkan Denilson, Bendtner dan Chamakh untuk meneruskan asakan di kubu lawan.

Kubu Wolves di gempur berkali kali, namun pada lewat minit ke 88 Wallcot hampir hampir meletakkan Arsenal 3 gol dihadapan apabila melakukan larian di sudut kiri padang sebelum melakukan hantaran "one-two" dengan Chamakh kemudian melakukan tendangan tepat ke penjaga gawang Wolves. 




Secara peribadi tiga pemain terbaik The Gunners telah dipilih untuk perlawanan pada minggu ini....
Posisi pertahanan   
Johan Djourou     
Banyak mematahkan cubaan dari jentera serangan Wolves serta memberi sokongan semasa skuad The Gunners melakukan serangan.

Posisi "Midfielder"  
Cesc Fabregas    
Mencipta banyak peluang serta satu assist untuk gol pertama The Gunners serta sedikit mempengaruhi rentak permainan.

Posisi Serangan      
Robin Van Persie 
Dua gol sudah cukup untuk menjelaskan segalanya






To All the Gooners out there ... we only can win the Title by winning all the remaining fixtures in Barclays Premiere League and "Setan Merah skuad" need to be draw or lost atleast TWO games . That was our hope


GOONERS !!!  "keep the faith"

No comments:

Post a Comment